Tak Sempat Nak Ke Kebun & Pening Kepala Takde Orang Nak Membaja Sawit? Kami Bantu Uruskan Kerja Menabur Baja Sawit Kebun Anda di Batu Pahat!
Perkhidmatan menabur baja sawit - mesra pekebun kecil - harga mampu. Kebun lapis, berbukit, gambut - insyaallah kami jalani.
Kebun Sihat, Daun Menghijau & Pelepah Subur
Khidmat tabur baja berkala memastikan pokok sawit anda menerima nutrien tepat pada masanya untuk hasil tandan yang lebih berat.
Pernah Rasa Rimas & Penat Macam Ni?
Menjaga kebun sawit memerlukan kudrat dan masa yang banyak. Kami fahami cabaran yang dihadapi warga pekebun setiap kali pusingan membaja pokok sawit.
Sibuk & Kekangan Masa
Tak sempat nak ke kebun, sibuk urusan harian atau kerja lain di bandar. Kebun terbiar tanpa baja pada masanya.
Tak Faham Baja Apa Nak Guna
Pening dengan lambakan jenis baja (Organik, Kimia, Sebatian, Campuran). Tak pasti sukatan yang sesuai mengikut umur pokok.
Takut Salah Tabur
Risau pokok rosak, daun menguning atau akar terbakar akibat cara taburan yang silap dan terlalu dekat dengan pangkal.
Susah Cari Orang Nak Tolong Bajakan Sawit
Sukar nak upah buruh angkut guni berat 50kg masuk ke dalam barisan kebun terutama untuk kawasan bersaiz kecil.
Bagaimana Kami Ringankan Beban Anda
Kami uruskan dari awal hingga selesai, anda hanya pantau hasil sawit yang subur.
Kami Uruskan Semuanya
Anda tak perlu angkat guni berat, tak perlu masuk redah belukar. Duduk di rumah dengan tenang, biar kami uruskan semuanya hingga selesai.
Baja Berdasarkan Keperluan Usia Sawit dan Jenis Tanah
Tak perlu pening kepala nak beli baja jenis apa, nak angkut baja masuk kebun. Kami sediakan jenis baja yang sesuai dan bajakan sawit anda.
Terus ke Kebun
Mana saja di Batu Pahat, insyaallah kami turun. Sukatan mengikut sewajarnya yang diperlukan kelapa sawit untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Khidmat Menabur Baja Sekitar Batu Pahat
Keutamaan kami adalah membantu pemilik kebun persendirian dengan servis setempat yang mesra, jujur, dan dipercayai.
Mudah Berurusan Tanpa Prosedur Rumit
Kadar Berpatutan & Telus
Kami menawarkan beberapa pilihan harga berdasarkan kemampuan yang munasabah.
Pekerja Tempatan Yang Mahir & Amanah
Kami tawarkan perkhidmatan sebaik mungkin untuk menjaga penghasilan kebun kelapa sawit anda.
Masa Kerja Mengikut Jadual
Membaja mengikut jadual yang telah ditetapkan berdasarkan perjanjian yang telah disepakati.
Kadar upah berpatutan: Bermula serendah RM270* / ekar. Hubungi kami untuk anggaran kos kebun anda. * tertakluk harga baja semasa
Kami beroperasi di seluruh mukim dan penempatan sekitar daerah Batu Pahat:
Lokasi anda tiada dalam senarai? Hubungi kami untuk semakan jarak laluan lori dan jadual kerja.
Tempah Slot Sekarang Untuk Pembajaan Bulan Disember 2026
Borang mudah dan mesra pekebun untuk mengunci jadual tabur baja kebun sawit anda di Batu Pahat. Maklumat akan dihantar terus ke WhatsApp 019-710 5383.
